EINTRACHT FRANKFURT 1 BORUSSIA MONCHENGLADBACH 3

Borussia Monchengladbach meneruskan saingan Bundesliga dengan bergaya apabila Alassane Plea dan Marcus Thuram menjadi pencetus kepada kemenangan 3-1 ke atas Eintracht Frankfurt, sekali gus memintas RB Leipzig di tangga ketiga Bundesliga awal pagi tadi.


Terdahulu, liga itu kembali bersambung selepas berhat dua bulan gara-gara pandemik Covid-19 dan Leipzig kendalian Julian Nagelsmann pula sekadar terikat 1-1 dengan Freiburg.

Situasi itu dimanfaatkan sepenuhnya Gladbach untuk memburu tempat ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Tuan rumah itu gagal mengekang Gladbach apabila Plea meletakkan pasukan pelawat itu di depan sebelum Thuram menjaringkan gol ketujuhnya musim ini.

Pemain gantian, Andre Silva, cuba merapatkan jurang buat Frankfurt pada, namun Ramy Bensebaini terlebih dahulu meletakkan skuad kendalian Marco Rose itu dalam keadaa selesa menerusi gol sepakan penaltinya pada minit ke-73.