Pjanic beri bayangan berhubung ke Barcelona 

Oleh Shaiful Shamsudin 22 Mei 2020 82
Pjanic beri bayangan berhubung ke Barcelona 
Bintang Juventus, Miralem Pjanic, mengatakan "masa depan adalah bergantung kepada usaha yang anda lakukan hari ini" tatkala di semakin hangat dikaitkan dengan juara LaLiga, Barcelona.

Pjanic menjadi tajuk spekulasi perpindahan selepas pemain tengah itu disebut-sebut akan meninggalkan Itali dan menuju ke Barca dalam perjanjian yang turut melibatkan Arthur.

Paris Saint-Germain (PSG) dan Chelsea juga dilaporkan berminat terhadap sentuhan tonggak antarabangsa Bosnia-Herzegovina itu.

Juve kembali berlatih minggu ini selepas kempen musim ini tertangguh kerana koronavirus baru (Covid-19) sambil Pjanic berkongsi satu isyarat melalui media sosial semalam.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

The Future Depends On What You Do Today . Happy To Be Back On The Pitch 😃〽️

A post shared by Miralem Pjanić (@miralem_pjanic) on



Pjanic menulis: "Masa depan bergantung kepada apa yang anda lakukan hari ini. Seronok dapat kembali ke padang."

Pemain berusia 30 tahun itu menyertai Juve daripada pesaing Serie A, Roma, pada 2016.

Sejak berpindah ke Turin, Pjanic telah memenangi tiga rentetan gelaran Serie A termasuk Coppa Italia dan Supercoppa Italiana.

Sebelum pandemik itu, yang telah menangguhkan Serie A sejak Mac lalu, Pjanic telah menyumbat tiga gol dan menghasilkan dua bantuan gol dalam 22 penampilan liga.

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen