Bintang Inter Milan, Lautaro Martinez, merupakan penyerang yang sesuai buat juara LaLiga, Barcelona, kata Juan Antonio Pizzi.

Martinez dilaporkan menjadi sasaran utama Barca dengan pasukan gergasi Sepanyol itu bersedia untuk mencari pengganti kepada pemain veteran, Luis Suarez.

Seteru utama Barca, Real Madrid, turut dikhabarkan berminat untuk mendapatkan pemain berkenaan manakala dua pasukan utama Liga Perdana Inggeris, Manchester City dan Manchester United, turut dikaitkan.

Bekas penyerang Barca, Pizzi --- yang turut pernah mengendalikan skuad kebangsaan Chile dan Arab Saudi -- menyokong sekiranya pemain kebangsaan Argentina itu berpindah ke Camp Nou.

Un recuerdo con mis hermanos .??‍♂️

A post shared by Lautaro Martinez ?? (@lautaromartinez) on


"Lautaro Martinez lebih sesuai berbanding Kun (Sergio) Aguero kerana dia merupakan prototaip penyerang baru yang sesuai dengan Barca," kata bekas pemain kebangsaan Sepanyol kelahiran Argentina itu kepada EFE.

"Dia telah membuktikan kebolehannya bersama Argentina, Racing dan Inter.

"Dia kelihatan seperti penyerang yang amat ideal dengan cara permainan Barcelona.

"Sedangkan dalam salah satu liga paling mencabar di dunia, di Itali, dia masih dapat bermain di tahap tertinggi," katanya.

Martinez meninggalkan Racing Club untuk menyertai Inter pada 2018 dan segera menempatkan dirinya sebagai antara penyerang terbaik di Eropah.

Dia telah menjaringkan 25 gol sejak menyertai Inter.