Piya mahu tambat hati penyokong Perlis

Oleh Penulis Jemputan 26 Disember 2018 2855
Piya mahu tambat hati penyokong Perlis
Bekas ketua pasukan Kelantan, Badhri Radzi, tidak pernah terfikir terpaksa juga berhijrah selepas 12 tahun setia di Kelantan, namun mengucapkan terima kasih kepada Perlis yang masih mempercayai kemampuannya.

Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya sentiasa dilihat sebagai ikon di Kelantan sejak kebangkitan The Red Warriors di persada bola sepak tempatan.

Bagaimanapun, perubahan iklim bola sepak di Kelantan sejak kehadiran Bibi Ramjani Ilias Khan selaku presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) membuatkan Piya akhirnya tersisih sejak permulaan musim 2018.

Mencari nafas baru dalam kariernya, Piya berharap dia mampu memikat penyokong Perlis dalam usaha menaikkan kembali maruah pasukan itu yang telah lama dipandang sepi.

"Tahun 2019 menyaksikan saya beraksi di luar Kelantan bersama Perlis dan saya mahu melakukan yang terbaik untuk Perlis," katanya.

Mengenai isu dengan majikan lamanya, Piya mengingatkan dia sama sekali tidak akan berdiam diri dalam menuntut gaji yang gagal diperolehnya sejak April tahun ini.

Menurutnya, dia kecewa dengan layanan KAFA dan mengakui bukan mudah untuk hidup tanpa sebarang gaji dalam tempoh setengah musim.

"Mereka telah memberitahu enggan membayar gaji dan beberapa lagi pemain yang tidak dibayar. Saya hanya mahu hak saya," tegasnya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen