Pirlo janji Juventus berjuang hingga penghujung musim

Oleh Ammar Hakim 23 Februari 2021 123
Pirlo janji Juventus berjuang hingga penghujung musim
Andrea Pirlo berikrar Juventus akan 'bersaing hingga penghujung' untuk mempertahakan gelaran Serie A selepas Cristiano Ronaldo meledak dua gol ketika menang 3-0 ke atas Crotone.

Ronaldo melewati tiga perlawanan tanpa jaringan tetapi meledak dua gol untuk membantu Juve menang buat pertama kali dalam empat perlawanan.

Weston McKennie turut menemui sasaran ketika penyandang juara mengatasi Crotone, mencetak 27 percubaan dalam perlawanan di Stadium Allianz awal pagi tadi.



Kemenangan buat Juve menyaksika mereka menghuni tangga ketiga, lapan mata di belakang pendahulu liga, Inter dengan berkelebihan satu perlawanan.

Ketua jurulatih, Pirlo, gembira dengan cara Bianconeri bangkit dan berkata mereka bersedia untuk bersaing merebut takhta liga.

"Dua perlawanan terakhir membuatkan kami tidak berpuas hati, nasib baik kami dapat menemui sentuhan semula," katanya.

"Semua pasukan mengejar Inter, kami akan cuba bersainga hingga penamat musim."
 

Ronaldo antara pemain Juve yang banyak melepaskan peluang terhidang, kapten Portugal itu sekadar menemui sasaran empat kali daripada 11 percubaan, dan Pirlo menjangkakan gergasi Turin itu perlu lebih klinikal dalam usaha mengejar trofi musim ini.

"Kami telah banyak mencipta percubaan, sayang kami tidak menyempurnakannya. Yang penting adalah untuk menghasilkan percubaan, jaringan akan hadir."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen