Pirlo dedah Dybala 'berang' tidak turun bertemu Crotone

Oleh Ammar Hakim 20 Oktober 2020 252
Pirlo dedah Dybala 'berang' tidak turun bertemu Crotone
Paulo Dybala 'berang' apabila sekadar berada di bangku simpanan Juventus ketika seri dengan Crotone tetapi akan kembali turun beraksi untuk The Bianconeri bagi pertemuan dengan Dynamo Kiev dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL), kata ketua jurulatih, Andrea Pirlo.

Penyerang Argentina, Dybala, masih belum diturunkan dalam saingan Serie A musim ini, walaupun telah tersenarai dalam kesebelasan utama berdepan Napoli dalam perlawanan yang tidak dianjurkan ekoran kegagalan pasukan itu untuk berkunjung ke Turin berpunca daripada sekatan pergerakan.

Dybala telah dihimpit masalah kecederaan otot dan Pirlo telah berancang untuk memberikan masa bermain kepada pemain itu ketika seri 1-1 dengan Crotone sehinggalah Federico Chiesa diarah keluar padang dalam aksi sulung sekaligus menggugat perancangannya.

Laporan menyatakan Dybala telah bersemuka dengan ketua pegawai Juve, Fabio Paratici, di terowong ke bilik persalinan dan Pirlo menjelaskan perkara itu.

"Saya telah bercakap dengan Dybala semalam seperti semua pemain lain. Dia agak marah kerana tidak mengambil bahagian dalam perlawanan di Crotone tetapi kami harus mengingati dia tidak beraksi hampir tiga bulan," kata Pirlo.

"Dia berada di biliknya selama 10 hari di Argentina mengambil ubat kerana tidak dapat berlatih.

"Saya membawanya ke Crotone untuk memberikannya masa berakhir tetapi kami terpaksa beraksi dengan 10 pemain dan saya tidak dapat menurunkannya. Dia sudah bersedia dan kami akan cuba melakukan sesuatu."

ūüéô @Pirlo_official: "I am calm and serene. I'm looking forward to my first match as a coach in the @ChampionsLeague. In this competition it is essential to start with a win, and we know what we have to do."#DynamoJuve #JuveUCL
— JuventusFC (@juventusfcen) October 19, 2020

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen