Pique mahu Barcelona berjuang hingga perlawanan terakhir

Oleh Ammar Hakim 6 Julai 2020 111
Pique mahu Barcelona berjuang hingga perlawanan terakhir
Gerard Pique mendesak Barcelona untuk terus berjuang di LaLiga walaupun ketinggalan kepada pesaingnya, Real Madrid.

Setelah memenangi gelaran liga dua kali berturut-turut, Barca kini ketinggalan empat mata di belakang Real setelah meraih kemenangan 4-1 ke atas Villarreal semalam.

Pique meminta pasukannya untuk terus maju ketika berdepan Espanyol dalam pertembungan derby Rabu ini.

"Kami tidak suka ketinggalan, tetapi kami akan berjuang untuk mengubah keadaan, mengetahui betapa rumitnya situasi itu," kata pemain pertahanan Barca itu kepada Movistar.

"Kami akan berjuang hingga akhir."

Selepas mendahului menerusi gol sendiri Pau Torres dan Luis Suarez, Antoine Griezmann menjaringkan gol pertamanya sejak Februari, dan Ansu Fati memastikan kemenangan Barca pada penghujung permainan.

Pique berharap Griezmann, yang telah menjaringkan 15 gol musim ini, memperoleh keyakinan daripada gol yang dihasilkannya.

"Bermain dengan cara ini menjadikan mereka bertiga [Lionel Messi, Suarez dan Griezmann] lebih berbisa di depan gol," katanya.

"Kami Berasa lebih dilindungi. Selain itu, gol Antoine sangat penting agar dia terus yakin."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen