Pique: Barcelona mampu ubah nasib pasukan

Oleh Ammar Hakim 28 Februari 2021 572
Pique: Barcelona mampu ubah nasib pasukan
Gerard Pique percaya Barcelona berpeluang mengubah nasib pasukan bagi musim ini selepas mengatasi Sevilla daripada saingan Copa del Rey dan mengatasi lawan yang sama dalam saingan LaLiga semalam.

Kemenangan dua berpihak dengan Barcelona selepas jaringan disumbat Ousmane Dembele dan Lionel Messi untuk membawa pasukan kendalian Ronald Koeman ke tangga kedua liga.

The Blaugrana kini sekadar ketinggalan dua mata di belakang pendahulu, Atletico Madrid, yang memiliki kelebihan dua perlawanan, dan mereka yakin menjelang pertemuan dengan Sevilla dalam saingan Copa, di mana mereka perlu mengubah defisit dua jaringan.

Kekalahan 2-0 dalam aksi pertama memberikan suasana yang hambar di Nou Camp, ditambah dengan kekalahan saingan Liga Juara-Juara (UCL) kepada Paris Saint-Germain.

Tetapi Pique menjelaskan kini Barca mula positif, walaupun Pedri dan Ronald Araujo mengalami kecederaan.

"Masih lagi persaingan merebut takhta liga. Kami pernah berdepan tempoh yang lebih sukar. Kami tidak berada dalam situasi yang sempurna, tetapi keyakinan itu ada. Kami berharap untuk melakukan sesuatu.

"Pasukan ini memiliki semangat yang kuat, ia merupakan satu perkara yang penting ketika ini.

"Jika kami mampu mengubah keputusan Rabu ini, musim ini oleh diubah sepenuhnya."
 

 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen