Stefano Pioli tidak berminat untuk membincangkan mengenai masa depannya bersama Milan selepas pasukannya bangkit meraih kemenangan 4-2 ke atas pendahulu Serie A, Juventus 4-2 di San Siro.

Milan dilihat bakal menjadi mangsa terbaru penyandang juara, Juve selepas The Rossoneri ketinggalan menerusi jaringan daripada Adrien Rabiot dan Cristiano Ronaldo awal pagi tadi.

Tetapi kebangkitan menakjubkan menyaksikan Milan meledak tiga gol dalam tempoh enam minit bermula dengan Zlatan Ibrahimovic, Franck Kessie dan Rafael Leao sebelum Ante Rebic melengkapkan kemenangan pada penghujung permainan.



Milan tidak tewas sejak saingan bersambung, turut mengatasi pencabar Juve merebut takhta liga, Lazio minggu, namun ia kelihatan Pioli tidak akan kekal sebagai pengendali musim hadapan.

Terdapat laporan yang mencadangkan bekas pengendali RB Leipzig, Ralf Rangnick, akan dilantik sebagai ketua jurulatih serta pengarah teknikal pasukan.

Enggan terkesan dengan perkhabaran itu, Pioli berkata, "Saya tidak fikirkan apa akan berlaku 3 Ogos nanti, saya akan fokus dengan tugas bersama pasukan.

"Saya berharap dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan, saya tidak boleh memikirkan mengenai masa depan dan situasi yang tidak bergantung kepada saya."Pioli, yang menyaksikan Milan menjaringkan empat gol menentang Juve untuk pertama kalinya sejak 1989, berkata, "Saya mengucapkan tahniah kepada pemain saya pada hari yang hebat dan kemenangan yang hebat.

"Usaha yang dilakukan di Milanello adalah penting. Pasukan ini bermain dengan baik, bermain dengan baik, dan saya gembira walaupun kami belum melakukan apa-apa.

"Dalam 20 hari, kami bermain untuk segalanya. Kami memikirkan Napoli [seterusnya]. Terdapat kepuasan tetapi tumpuan besar. Setiap aspek dalam permainan perlu ditingkatkan lagi."