Zlatan Ibrahimovic telah memberikan impak yang positif but Milan di atas dan luar padang sejak menyertai pasukan Januari lalu, menurut ketua jurulatih, Stefano Pioli.

Bekas pemain kebangsaan Sweden, Ibrahimovic, menjaringkan lapan gol daripada 18 penampilan sejak kembali ke Serie A dengan tawaran jangka masa pendek.

Pemain berusia 38 tahun itu tiba memberikan kebangkitan buat Milan, termasuk menghasilkan rentetan 11 perlawanan tanpa kalah sejak saingan kembali bersambung.

Dan Pioli menjelaskan kepentingan Ibrahimovic buat pasukannya, bukan hanya dengan menjaringkan gol tetapi turut menghasilkan peluang buat pemain lain.

"Ibra telah banyak mempertingkatkan mutu Milan, memberikan pilihan yang kami tidak perolehi sebelum ini," katanya.

"Dia memiliki kelebihan daripada sudut fizikal dan teknikal malah turut membuka ruang buat rakan sepasukan."


Pertahanan, Simon Kjaer, turut memberikan aksi yang mengagumkan sejak berhijrah dari Sevilla apabila bergandingan bersama Alessio Romagnoli.

Pioli, yang bersetuju untuk melanjutkan kontraknya selama dua tahun lagi bersama Milan, mahu momentum yang sama daripada pasukan ketika berkunjung ke Sampdoria.

"Kjaer bermain dengan baik dan salah seorang lagi pemain yang dibawa masuk Januari lalu turut memberikan sesuatu yang penting kepada pasukan.

"Kami memiliki beberap lagi perlawanan, Milan perlu menghadapinya dengan keazaman dan tumpuan yang terbaik."