Stefano Pioli menyifatkan kehadiran Zlatan Ibrahimovic sebagai "kiriman tuhan" buat Milan.

Pengurus Milan itu menjelaskan skuad The Rossoneri itu kini diperkuatkan di luar dan di dalam padang sejak kehadiran penyerang itu.

Ibrahimovic menyertai Milan sebagai ejen bebas selepas meninggalkan kelab Liga Bolasepak Utama (MLS), LA Galaxy, untuk kembali bersama kelab yang dia menikmati musim 2010 hingga 2012 sebelum berkelana ke Paris Saint-Germain (PSG).

Ia tidak mengambil tempoh yang panjang buat pemain berusia 38 tahun itu melakukan impak. Ibrahimovic menjaringkan gol pertamanya ketika merakamkan kemenangan 2-0 ke atas Cagliari dalam saingan Serie A.

Milan, kini tidak tewas dalam tiga perlawanan selepas merekodkan kemenangan 3-0 ke atas SPAL dalam saingan Piala Itali, Rabu lalu, menghuni tangga ke-10 liga dan Pioli memuji impak segera daripada Ibrahimovic.

"Ibrahimovic membuktikan dia bukannya hiasan ataupun tugu tetapi seorang pemain berkualiti dengan menyerlahkan kemampuannya di atas padang," kata Pioli.

"Ketibaannya selepas kiriman tuhan seperti apa yang telah dipamerkannya di atas padang dan dalam sesi latihan.

"Dia memberikan yang terbaik seperti seorang pemain muda. Ibrahimovic seorang pemain yang tidak mahu tewas dalam mana-mana perlawanan. Ia merupakan cara dia meningkatkan tahap pasukan."

Pioli sebelum ini kerap dihimpit dengan masalah kecederaan pemain, namun kagum dengan usaha pemain-pemain Milan yang bangkit sejak tamat waktu rehat musim sejuk.

"Pasukan telah gigih menjalani latihan dan persiapan. Kami sudah menemui keseimbangan dalam corak permainan yang berbeza. Semua orang berusaha untuk melakukan tekanan kepada pasukan lawan.

"Kami perlu menjaringkan gol untuk meraih mata. Kami akan bermain empat kali di San Siro dalam lima perlawanan seterusnya, termasuk aksi Piala Itali. Kami akan menggunakan peluang ini sebaik mungkin."




Editor: Ammar Hakim