Stefano Pioli mahu melihat reaksi daripada pemainnya dalam pertemuan Coppa Italia dengan Inter Milan selepas AC Milan tewas kepada Atalanta dalam perlawanan sebelumnya.

Pasukan pendahulu Serie A itu tewas 0-3 kepada skuad kendalian Gian Piero Gasperini berkenaan Sabtu lalu tetapi masih berkelebihan dua mata bagi menamatkan separuh pertama Serie A musim 2020-21 di tangga teratas.

Menanti mereka seterusnya adalah pasukan setempat, Inter, yang dapat dijadikan peluang untuk menebus kehampaan dalam perlawanan lalu itu dengan melangkah ke separuh akhir Coppa Italia.

Skuad Rossoneri itu mengungguli pertemuan kedua-dua pasukan itu awal musim ini, di mana dua jaringan awal Zlatan Ibrahimovic sudah cukup untuk memberikan mereka kemenangan 2-1.

"Ia kejohanan berbeza tetapi penting juga buat kami. Liga pula kisah berbeza," kata Pioli kepada laman wab rasmi pasukan itu menjelang perlawanan berkenaan.

"Perlawanan derby berikutnya dalam sebulan lagi dan ada perlawanan penting lain sebelum itu, jadi ini hanyalah perlawanan Coppa Italia.

"Bagaimanapun, ia merupakan suku akhir yang kami perlu hadapi dengan sebaik mungkin.

"Seperti biasa, akan ada pihak lawan untuk dihadapi, lawan yang berbahaya tetapi kami sedang berazam untuk bangkit dengan prestasi yang baik.

"Coppa adalah kejohanan penting buat kami dan kami meletakkan sasaran untuk menang kerana pada akhirnya, kesemua pasukan besar dalam liga berada di posisi itu, dalam suku akhir atau separuh akhir.

"Kami tidak bernasib baik dalam undian. Kami berada di bahagian yang paling sukar tetapi jika anda mahu memenangi Coppa, anda peru berdepan sesiapa sahaja.

"Ia amat penting buat kami dan kami akan melakukan yang terbaik," katanya.