Thomas Muller khuatir dengan pilihan jentera serangan Bayern Munich di bangku simpanan kerana berasakan mereka sukar menggantikan kualiti setanding dengan Robert Lewandowski.

Baru-baru ini, pemain antarabangsa Poland itu menggesa kelab gergasi Jerman itu untuk menandatangani penggempur lain bagi membolehkannya berpeluang untuk berehat lebih.

Bekas bintang Borussia Dortmund itu mempamerkan prestasi merudum musim ini apabila hanya menyumbat 13 gol, namun dia berpendapat langkah membawa masuk seorang penyerang lagi akan membolehkan tempoh permainannya berkurangan kepada 15 atau 20 minit dalam perlawanan tertentu, lantas ia berpotensi meminimumkan risiko kecederaannya.

Pemain Hoffenheim, Sandro Wagner, dilaporkan dipantau rapi Bayern tetapi Muller berpendapat bahawa mana-mana penggempur yang akan menyertai kelab itu bakal berdepan karier yang rumit sebagai pilihan kedua.

"Kami tidak mempunyai pemain yang boleh menggantikan Robert Lewandowski sebagai penyerang, pemain seumpamanya," kata Muller kepada BayernTV.

"Sebaliknya, seperti yang telah dikatakan banyak kali pada masa lalu, ia rumit untuk mencari sandaran lain kerana Lewandowski ingin beraksi sepanjang masa.

"Sudah tentu adalah lebih mudah untuk saya mengatakan bahawa saya benar-benar memerlukan penggiliran pemain ketika saya letih, tetapi jika itu berlaku, maka setiap tiga bulan juga rumit untuk penyerang pilihan kedua itu.

"Beberapa minggu lalu, Lewandowski berdepan masalah dan ia pasti bagus jika kami mempunyai pilihan lain.

"Bagaimana jika jurulatih mahu menurunkan pilihan kedua dalam setiap perlawanan ketiga atau keempat dan tatkala Lewandowski cergas, itu bukan situasi yang bagus.

"Itu yang perlu dibincangkan oleh pengurusan kelab dan jurulatih. Mereka perlu membuat keputusan itu dan ia pasti keputusan yang baik," tambahnya.