Pihak lawan rasa gerun dengan Perancis -- Deschamps

Oleh Staff Writer 12 November 2016 0
Pihak lawan rasa gerun dengan Perancis -- Deschamps

Pengendali Perancis, Didier Deschamps, menegaskan pasukan kendaliannya itu perlu menangani pasukan yang mengamalkan corak bertahan selepas melakar kemenangan 2-1 ke atas Sweden dalam saingan kelayakan Piala Dunia.

Sweden menerapkan corak bertahan sejak awal permainan, namun berjaya mencuri gol pembukaan menerusi Emil Forsberg pada minit ke-54.

Perancis, bagaimanapun, kembali bangkit dengan gol oleh Dimitri Payet dan Paul Pogba, sekaligus mengesahkan kemenangan.

"Banyak pasukan yang akan mengamalkan corak bertahan berdepan kami. Ia membuktikan pihak lawan berasa gerun apabila berdepan Perancis.

"Jadi, kami perlu mencari jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan kemenangan mampu dicapai.

"Saya tidak menjangkakan perlawanan yang mudah, namun saya gembira kerana berjaya mengutip tiga mata.

"Apabila pihak lawan bertahan,kami perlu membuat hantaran dengan lebih pantas dan cuba membuka peluang. Itu bukan mudah untuk dilakukan."

Perancis mendahului Kumpulan A dengan 10 mata daripada empat perlawanan, tiga mata di hadapan Sweden.

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen