Thailand mara ke perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2016 dengan reputasi tanpa kalah apabila menundukkan Myanmar 4-0 untuk melengkapkan kemenangan secara agregat 6-0 di Stadium Rajamangala, Bangkok, malam ini.

Myanmar cuba memberi saingan pada awal permainan sehingga memaksa Thailand menanti sehingga minit ke-33 untuk memecah kebuntuan, namun anak buah Kiatisuk Senamuang ternyata lebih garang pada babak kedua untuk menghukum benteng pasukan pelawat.

Juara menanti dua tahun lalu itu menempah tiket ke perlawanan akhir untuk membuat perhitungan dengan Indonesia yang terlebih dahulu menyingkirkan Vietnam, semalam.

Kedua-dua pasukan akan bertemu dalam aksi pertama perlawanan akhir di Stadium Pakansari, Bogor pada 14 Disember sebelum bertemu di Bangkok, tiga hari kemudian.

Kredit imej: affsuzukicup