Liverpool hanya dipisahkan satu lagi kejayaan dalam Piala Super UEFA untuk berdiri setaraf dengan Barcelona dan AC Milan selepas mengatasi Chelsea dalam penentuan penalti, awal pagi tadi.

Pemenang Liga Juara-Juara (UCL) itu meraih Piala Super UEFA keempat mereka hasil kemenangan 5-4 dalam penentuan penalti di Istanbul, Turki.

Penjaga gawang, Adrian, muncul wira buat The Reds apabila menyekat tendangan pemain muda Chelsea, Tammy Abraham, berikutan aksi selepas masa tambahan itu terikat 2-2.

Liverpool meraikan kejayaan itu dengan menyamai rekod Real Madrid.