KUFC 0 Kelantan 0

Hajat pendatang baru, Kelantan United FC (KUFC), untuk merakamkan kemenangan kedua tidak berhasil apabila terikat 0-0 dengan Kelantan dalam Piala Presiden di Stadium Sultan Muhammad IV sebentar tadi.


Turun sebagai tuan rumah dan menyarung jersi serba merah, KUFC memulakan serangan dan hampir mendapatkan jaringan pertama, namun rembatan kencang Mohammad Iqmal Izzuddin Zainal ditepis keluar penjaga gol The President Warriors (TPW), Mohamad Azrul Md Ali, pada minit kelima.

Tersentak dengan serangan bertali arus tuan rumah, TPW mula menyusun gerakan dan mendapat peluang terbaik apabila rembatan kencang penyerang, Muhammed Izzani Romli, terus ke dakapan penjaga gawang, Muhamad Nor Amin Mat Ghani, pada minit ke-35.

Bersambung babak kedua, melalui satu serangan balas pantas, KUFC hampir memecah kebuntuan apabila rembatan kencang penyerangnya, Mohamad Azrin Shariful Bahri, ditepis Mohamad Azrul pada minit ke-65.

Minit ke-85, Mohamad Azrul sekali lagi menjadi penghalang apabila menepis sepakan kencang pemain tengah KUFC, Wan Azran Afifi Wan Ibrahim, untuk kedua-dua pasukan berpuas hati berkongsi mata.

Keputusan seri itu membolehkan kedua-dua pasukan memunggut empat mata selepas masing-masing mencatatkan kemenangan dalam aksi pertama dalam saingan Kumpulan A.

Kredit Foto: KUFC