Konfederasi Bolasepak Afrika (CAF) memutuskan akan mengalihkan jadual Kejohanan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) edisi 2021 di Cameroon kepada Januari.

Edisi tahun lalu -- yang dianjurkan Mesir dan dimenangi oleh Algeria -- diadakan pada Julai lalu memandangkan CAF memilih untuk menyesuaikan kejohanan itu dengan cuaca musim panas di bahagian utara Afrika dan ini bermakna kelab-kelab liga utama Eropah tidak akan terjejas.

Bagaimanapun, tarikh penganjuran di Mesir itu telah mengundang persoalan.

Penukaran tarikh penganjuran itu kemudian disahkan oleh tuan rumah, Cameroon, dengan AFCON 2021 akan berlangsung pada Januari dan Februari disebabkan kebimbangan mengenai cuaca.

"AFCON 2021 di Cameroon akan dianjurkan dari 9 Januari hingga 6 Februari 2021," kata Persekutuan Bolasepak Cameroon dalam satu kenyataan rasmi di akaun Twitter.

"Tarikh penganjurannya telah diubah berikutan alasan meteorologi atas permintaan Cameroon.

Negara itu pada mulanya dijadualkan akan bertindak sebagai tuan rumah kejohanan berkenaan pada tahun lalu tetapi dilucutkan hak pada November 2018 ekoran infrastruktur yang tidak mencukupi.



Editor: Shaiful Shamsudin