MANCHESTER UNITED 1 MANCHESTER CITY 0

Manchester United memadamkan mimpi buruk kekalahan kepada Chelsea apabila Juan Mata muncul wira dengan menjaringkan gol tunggal ke atas Manchester City dalam saingan Piala Liga Inggeris (EFL), awal pagi tadi.

Kekalahan itu juga melebarkan rekod tanpa kemenangan Manchester City kepada enam perlawanan.

Pertembungan seteru setempat itu menyaksikan pengurus kedua-dua pasukan terdesak untuk menang -- Jose Mourinho yang dimalukan selepas pasukannya dibelasah 4-0 di Stamford Bridge manakala Pep Guardiola berdepan rekod kemarau kemenangan terburuk dalam kariernya selaku jurulatih.

Guardiola membuat sembilan pertukaran ke atas skuadnya untuk memulakan aksi di Old Trafford dengan garang.

Begitupun, tuan rumah bangkit pada separuh masa kedua dengan menyaksikan percubaan Paul Pogba singgah di tiang gol sebelum jaringan kemenangan Mata menyusul selepas itu.

Kemenangan itu menjamin United untuk ke peringkat suku akhir bertemu West Ham.

Guardiola membuat sembilan pertukaran ke atas skuad yang seri di tempat sendiri ketika menentang Southampton hujung minggu lalu dan Kelechi Iheanacho -- yang mengambil tempat Sergio Aguero -- beroleh peluang menarik seawal minit kedua.

Penyerang Nigeria itu menanduk bola dari jarak dekat untuk menyambut umpanan Jesus Navas, dan City terus mengancam kubu United yang kehilangan Eric Bailly.

Pelawat menuntut sepakan penalti diberikan selepas Aleix Garcia dijatuhkan Michael Carrick di dalam kotak penalti.

Willy Caballero, yang menggantikan Claudio Bravo yang dikritik hebat kebelakangan ini sebagai benteng terakhir City, bertindak cemerlang di Old Trafford.

Namun, baik dia mahupun David De Gea kurang diuji pada babak pertama permainan dengan kedua-dua pasukan gagal mengatur sebarang percubaan tepat.

Pada penghujung 45 minit pertama perlawanan, sepakan percuma Zlatan Ibrahimovic menuju tepat ke arah tembok pertahanan City sebelum satu lagi usaha berbahayanya berjaya dihalang.

Vincent Kompany yang kembali daripada kecederaan panjang pada hujung minggu lalu, direhatkan pada separuh masa kedua -- tempatnya digantikan oleh Aleksandar Kolarov -- dan United tidak mengambil masa yang lama untuk menemui ruang di bahagian pertahanan City.

Caballero bertindak cemerlang apabila menepis percubaan Pogba dengan tangan kanannya. United terus memberi tekanan dan usaha mereka membuahkan hasil pada minit ke-54, apabila umpanan Ibrahimovic disudahkan Mata.

City terus bergelut untuk mencipta peluang dan United hampir menggandakan kedudukan, namun Ibrahimovic gagal menyambut hantaran Marcus Rashford.

Pengenalan Sergio Aguero and Raheem Sterling pada penghujung permainan, bagaimanapun, tetap buntu untuk mengubah kedudukan perlawanan, untuk Guardiola mempamerkan reaksi kecewa kerana menyedari harapan pasukannya untuk bangkit semakin pudar.

Dalam pertembungan suku akhir EFL yang turut menjadi tumpuan, Arsenal akan melayani kunjungan Southampton, Newcastle United akan berdepan Hull City dan Liverpool bertemu Leeds United.