Piala Konfederasi: Low harap Jerman pamer aksi terbaik berdepan Chile

Oleh Staff Writer 21 Jun 2017 121
 Piala Konfederasi: Low harap Jerman pamer aksi terbaik berdepan Chile
Ketua jurulatih Jerman, Joachim Low, menyifatkan pasukannya masih terdapat beberapa ruang yang boleh diperbaiki bagi menghadapi aksi kedua Piala Konfederasi berdepan Chile.

Juara bertahan Piala Dunia itu meraih kemenangan tipis 3-2 ke atas Australia 3-2 di Sochi untuk menduduki tangga kedua Kumpulan B, mengekori dengan perbezaan jaringan kepada Chile, yang melakar kemenangan 2-0 ke atas Cameroon.

Jerman, yang dibarisi skuad muda, mempamerkan aksi yang dominan ketika berdepan The Socceroos dan dilihat mampu melakar lebih banyak jaringan jika mereka lebih klinikal di depan go, manakala prestasi kurang menyerlah daripada penjaga gol, Bernd Leno, membenarkan pasukan lawan meraih dua gol.

Tetapi Low optimis dengan skuad kendaliannya serta menyatakan bahawa mereka masih belum mencapai tahap terbaik menjelang aksi berdepan Chile di Kazan.

"Kami telah mengetahui di mana kelemahan kami, sekarang adalah masa untuk kami melakukan sesuatu mengenainya sebelum menghadapi aksi seterusnya," kata Low.

"Chile merupakan antara pasukan terbaik di dunia. Mereka memiliki individu yang berkualiti dan gaya permainan yang menarik. Mereka bukan lawan yang mudah.

"Kami harus memberikan persembahan yang mantap ketika berdepan Chile."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen