Jamie Vardy akan berkunjung semula ke kelab di mana dia mula mengukir namanya selepas Fleetwood Town mengalahkan Hereford 2-0 untuk mara ke pusingan ketiga Piala FA, sekaligus menempah pertemuan dengan Leicester City.

Penggempur England itu menyumbat 31 gol dalam 36 penampilan bersama Fleetwood untuk menamatkan saingan liga semi-pro, Liga Kebangsaan, pada 2011/12 sebagai pemenang kasut emas sebelum perpindahannya ke Stadium King Power.

Sejak itu, Fleetwood bangkit semula ke kancah Liga Satu dan mara ke pusingan kedua Piala FA sebelum mereka menundukkan Hereford hasil dua gol ledakan ketua pasukan, Cian Bolger.

Leicester, yang disingkirkan Millwall dalam pusingan kelima musim lalu, bakal menghadapi ranjau Fleetwood di tempat lawan pada 6 Januari depan.