Manchester United bakal berdepan Tranmere Rovers dalam pusingan keempat Piala FA, Ahad ini selepas kelab Liga Satu itu menewaskan Watford 2-1.

Dengan aksi timbal balik sebelum ini dibatalkan ekoran masalah padang ditakungi air, Tranmere -- yang bangkit daripada ketinggalan 3-0 sebelum seri 3-3 di Vicarage Road -- dan Watford bertemu di Prenton Park awal pagi tadi -- dua hari selepas The Hornets tewas kepada Aston Villa dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Nigel Pearson melakukan rombakan dalam kesebelasan utama pasukan, dengan jaringan Kaylen Hinds pada minit ke-68 telah menafikan gol pembukaan yang disumbat oleh Emmanuel Monthe dalam separuh masa pertama untuk membawa Watford ke masa tambahan.

Pemain gantian, Paul Mullin, yang menjaringkan gol menerusi sepakan penalti dalam aksi pertama antara kedua-dua pasukan, muncul wira Tranmere -- apabila menanduk masuk gol untuk berdepan United, Ahad ini.




Editor: Ammar Hakim