Piala FA: 'Derby' Merseyside hangatkan pusingan ketiga 

Oleh Penulis Jemputan 5 Disember 2017 544
Piala FA: 'Derby' Merseyside hangatkan pusingan ketiga 
Liverpool akan menjadi tuan rumah kepada seteru setempat Merseyside, Everton, dalam pusingan ketiga Piala FA -- salah satu daripada beberapa aksi 'derby' tempatan hasil keputusan undian malam tadi.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu akan bertemu pada awal bulan depan dan ia menjadi 'derby' pertama Piala FA di antara kedua-dua pasukan sejak Liverpool menang 2-1 dalam separuh akhir 2012 sebelum The Reds dikalahkan Chelsea dalam final. 

Brighton & Hove Albion akan menyambut kunjungan Crystal Palace sementara Middlesbrough akan mengalu-alukan Sunderland dalam pertembungan timur laut.

Juara bertahan, Arsenal, akan memulakan kempen memburu trofi Piala FA ke-14 dengan halangan awal bertemu Nottingham Forest dan finalis musim lalu, Chelsea, akan bertemu jaguh Liga Kejuaraan, Norwich City, yang berada dalam kemuncak prestasi. 

Wimbledon, yang pernah mengecewakan Liverpool di Wembley dalam perlawanan akhir 1988, akan mencuba nasib mereka di stadium keramat itu menentang Tottenham.

Pemimpin Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, menanti sebuah lagi pesaing EPL, Burnley, dan Manchester United akan bertemu Derby County.

Swansea City pula perlu berwaspada ketika menghadapi pendahulu  Liga Kejuaraan, Wolves, di Molineux.

Keputusan penuh undian pusingan ketiga Piala FA: 

Ipswich Town lwn Sheffield United
Watford lwn Bristol City
Birmingham City lwn Burton Albion
Liverpool lwn Everton
Brighton & Hove Albion lwn Crystal Palace
Aston Villa lwn Woking atau Peterborough United
Bournemouth lwn AFC Fylde atau Wigan Athletic
Coventry City lwn Stoke City
Newport County lwn Leeds United
Bolton Wanderers lwn Huddersfield Town
Port Vale atau Yeovil Town lwn Bradford City
Nottingham Forest lwn Arsenal
Brentford lwn Notts County
Queens Park Rangers lwn MK Dons
Manchester United lwn Derby County
Forest Green Rovers atau Exeter City lwn West Brom
Doncaster Rovers lwn Slough Town atau Rochdale
Tottenham lwn AFC Wimbledon
Middlesbrough lwn Sunderland
Fleetwood Town atau Hereford lwn Leicester City
Blackburn Rovers atau Crewe Alexandra lwn Hull City
Cardiff City lwn Mansfield Town
Manchester City lwn Burnley
Shrewsbury Town lwn West Ham
Wolves lwn Swansea City
Stevenage lwn Reading
Newcastle United lwn Luton Town
Millwall lwn Barnsley
Fulham lwn Southampton
Wycombe Wanderers lwn Preston North End
Norwich City lwn Chelsea
Gillingham atau Carlisle lwn Sheffield Wednesday

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen