Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) belum memutuskan status kelayakan Kejohanan AFC B-19 yang sepatutnya berlangsung pada Mac depan berikutan pembatalan Piala Dunia B-2 di Indonesia, Mei 2021.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor John, mengesahkan situasi terkini itu adalah sesuatu yang mengejutkan dan memerlukan pandangan daripada persatuan di setiap negara Asia sebelum membawa perkara berkenaan ke Jawatankuasa Pertandingan AFC.

"AFc terpaksa buat keputusan sama ada akan teruskan kelayakan AFC B-19 bagi mencari wakil Piala Duni atau membatalkan pusingan kelayakan itu," katanya ketika dihubungi wakil Astro Arena, Fina Nasrom.

Bagaimanapun, timbul persoalan andai kelayakan AFC diteruskan memandangkan ia tidak membawa sebarang makna susulan objektif utama, Piala Dunia B-17 di Peru dan B-20, ditunda ke 2023 seperti yang diumumkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Khamis lalu.

Jurulatih B-19 negara, Brad Maloney, berpandangan ia masih satu keputusan yang terbaik andai pihak AFC mengekalkan saingan kelayakan di Uzbekistan, Mac depan.

Skuad remaja negara diundi dalam Kumpulan D di samping Tajikistan, Qatar dan Yaman.

Bekas pemain Australia itu meyokong andai kelayakan Kejohanan AFC diteruskan sekali gus menawarkan aksi antarabangsa buat pemain.

Maloney menganggap pembatalan saingan Piala Dunia adalah perkhabaran yang cukup hampa tatkala dia dalam persediaan sambutan Hari Batal, kelmarin.

?? Indonesia will have to wait till 2023 to host the FIFA U-20 World Cup, after FIFA cancelled next year's tournament!

Posted by FOX SPORTS Asia on Friday, December 25, 2020


"Andai kejohanan diteruskan seperti yang dirancang maka kami akan kekalkan pelan persiapan kami.

"Kami hanya menunggu pengumuman AFC.

"Pemain berpeluang mengutip pengalaman jika dapat beraksi dalam kejohanan ini meskipun Piala Dunia B-20 dibatalkan.

"Ia sebagai pendedahan buat mereka di pentas AFC ," katanya pula.