Jerman bakal memulakan kempen mempertahankan Piala Dunia 2018 dengan berdepan Mexico pada musim panas di Russia, Jun depan selepas undian peringkat kumpulan dilangsungkan di Kremlin, hari ini.

Selepas empat tahun menawan trofi berprestij itu di benua Amerika Selatan, mereka akan memulakan kempen yang mengandungi 32 pasukan itu berdepan pasukan terbaik zon Amerika Utara, Mexico, manakala dua lagi slot Kumpulan F dihuni Sweden dan Korea Selatan.

Selain itu tuan rumah, Russia yang ditempatkan dalam Kumpulan A, akan membuat perhitungan dengan Arab Saudi sebagai sepak mula temasya, disusuli aksi Mesir dan Uruguay.

Dua seteru jiran, Portugal dan Sepanyol, pula terpaksa berentap lebih awal dalam aksi pembukaan Kumpulan B yang turut melibatkan Maghribi dan Iran.

Juara edisi 1998, Perancis, yang kini diterajui bekas kapten, Didier Deschamps, boleh menghela nafas lega selepas diundi dalam kumpulan yang mengandungi pasukan yang mengharungi kelayakan play-off di samping Australia, Peru dan Denmark.

Memandangkan peraturan baru dalam proses undian yang diketengahkan, ia menyaksikan hanya dua wakil dari benua yang sama akan diundi dalam kumpulan serupa.

Maka, undian Denmark telah dialihkan ke Kumpulan C berbanding Kumpulan B pada awalnya.

Dalam masa sama, Kumpulan D menyaksikan pertembungan tiga benua, iaitu Argentina, Iceland, Croatia dan Nigeria.

Proses itu undian juga menyaksikan tempat Serbia yang sepatutnya dalam Kumpulan D telah dianjakkan ke Kumpulan E dan mereka akan membuka kempen menentang Costa Rica, dengan satu lagi pertembungan awal melibatkan Brazil dan Switzerland.

Belgium dan England juga dilabel sebagai pilihan dalam Kumpulan G, namun mereka perlu mengatasi rintangan Panama dan Tunisia terlebih dahulu.

Dalam saingan Kumpulan H, Poland, Senegal, Colombia serta Jepun dilihat mempunyai peluang seimbang untuk merebut dua kedudukan teratas bagi melayakkan diri ke pusingan kalah mati.



KUMPULAN A
Russia
Arab Saudi
Mesir
Uruguay

KUMPULAN B
Portugal
Sepanyol
Maghribi
Iran

KUMPULAN C
Perancis
Australia
Peru
Denmark

KUMPULAN D
Argentina
Iceland
Croatia
Nigeria

KUMPULAN E
Brazil
Switzerland
Costa Rica
Serbia

KUMPULAN F
Jerman
Mexico
Sweden
Korea Selatan

KUMPULAN G
Belgium
Panama
Tunisia
England

KUMPULAN H
Poland
Senegal
Colombia
Jepun