Piala AFF: Zaquan buru gol di Bukit Jalil

Oleh Penulis Jemputan 12 November 2018 151
Piala AFF: Zaquan buru gol di Bukit Jalil
Kapten Harimau Malaya, Zaquan Adha Abdul Radzak, mengharapkan tuah Stadium Nasional Bukit Jalil untuk meledak jaringan dalam aksi kedua Kumpulan A, Piala AFF menentang Laos, malam ini.

Malaysia merakamkan kemenangan pertama dalam saingan Piala AFF ketika mengatasi Kemboja 1-0 di Stadium Olimpik Phonm Penh, Khamis lalu.

Jaringan tunggal Norshahrul Idlan Tahala membenarkan skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu meraih tiga mata dalam saingan Kumpulan A dan Zaquan berharap Harimau Malaya dapat meneruskan momentum itu dengan menyasarkan kemenangan di Bukit Jalil di samping mahu memburu jaringan di hadapan penyokong sendiri.

Untuk rekod, Zaquan telah menjaringkan empat gol buat Malaysia di Bukit Jalil ketika aksi persahabatan berdepan Bhutan dan Maldives.

"Apa sahaja kekurangan dalam perlawanan berdepan Kemboja akan dipertingkatkan untuk perlawanan di Bukit Jalil," kata Zaquan.

"Ini merupakan perlawanan yang penting kerana selepas ini Malaysia perlu berdepan Myanmar dan Vietnam. Kehilangan mata harus dielak dalam perlawanan ini."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen