VIETNAM 2 FILIPINA 1
(Vietnam mara ke final dengan agregat 4-2)

Vietnam mara ke final Piala Suzuki AFF 2018 selepas menewaskan Filipina 2-1 dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, sebentar tadi, untuk kemenangan dengan agregat 4-2.


Jaringan daripada Nguyen Quang Hai dan Nguyen Cong Phuong di minit-minit terakhir perlawanan sudah cukup membawa skuad kendalian Park Hang-Seo itu ke perlawanan akhir selepas membawa bekalan dua gol laman lawan daripada pertemuan pertama di Stadium Panaad, Bacolod, yang berkesudahan 2-1, Ahad lalu

Membawa kelebihan itu, Skuad Naga Emas itu mendominasi sebahagian besar babak pertama, namun tiada penyudah berjaya dihasilkan.

Penantian jaringan perlawanan akhirnya dilunaskan Vietnam menerusi jaringan Quang Hai, berbaki tujuh minit masa sebenar tamat.

Cong Phuong menggandakan jurang itu menerusi gerakan solo menariknya, empat minit kemudian.

Filipina, bagaimanapun, meraih gol sagu hati di penghujung perlawanan menerusi James Younghusband pada minit ke-89.

Kemenangan itu menyaksikan Vietnam bakal mencongak perhitungan dengan Malaysia dalam aksi final, Selasa dan Sabtu depan.


Jadual Perlawanan Akhir Piala Suzuki AFF

Perlawanan Akhir Pertama:

Malaysia lwn Vietnam
Selasa, 11 Disember 2018, 8.45 malam
(Stadium Nasional, Bukit Jalil)

Perlawanan Akhir Kedua:
Vietnam lwn Malaysia
Sabtu, 15 Disember 2018, 8.30 malam
(Stadium Nasional My Dinh, Hanoi)

Kredit foto: https://www.facebook.com/affsuzukicup