Piala AFF: Usah dongak ke langit, kata Zaquan

Oleh Penulis Jemputan 6 Disember 2018 2174
Piala AFF: Usah dongak ke langit, kata Zaquan
Kapten Harimau Malaya, Zaquan Adha Abdul Radzak, mengingatkan rakan-rakan sepasukannya agar tidak mendongak ke langit dengan kejayaan menyingkirkan Thailand dalam aksi separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF 2018, semalam.

Zaquan sebaliknya mahukan setiap pemain mengekalkan fokus untuk misi yang lebih penting dalam aksi final, minggu depan.

Jelasnya, kemaraan Malaysia ke pentas final itu merupakan satu keajaiban tatkala sepakan penalti yang diambil penyerang sensasi Thailand, Adisak Kraisorn, pada saat-saat akhir perlawanan semalam, melambung tinggi.

"Syukur Alhamdullilah, rezeki tidak pernah salah alamat.

"Apa yang penting, kami berusaha, ikhlas dan jujur untuk mendapatkan kemenangan.

"Ia sememangnya satu keajaiban.

"Adakalanya bola sepak itu kejam.

"Saya mengharapkan pasukan tidak mendongak terlalu tinggi dan mencuba yang terbaik dalam aksi final nanti," katanya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen