Piala AFF: Syahmi bersemangat isi ketiadaan Davies

Oleh Penulis Jemputan 7 November 2018 555
Piala AFF: Syahmi bersemangat isi ketiadaan Davies
Bek kanan kebangsaan, Syahmi Safari, bersedia memainkan peranan selaku pemain utama dan yakin mampu mengisi ketiadaan Matthew Davies dalam kempen Piala AFF tahun ini.

Selepas dua musim bersama skuad utama Selangor, Syahmi semakin matang untuk beraksi di peringkat tertinggi.

Bekas pemain Harimau Muda C itu dijangka mendapat kepercayaan pengendali kebangsaan, Tan Cheng Hoe, dalam kesebelasan utama pasukan untuk saingan kali ini.

Ia berikutan pemain Selangor itu tidak pernah mengecewakan setiap kali diberikan peluang untuk beraksi.

"Barisan kejurulatihan memberi peluang untuk saya beraksi sebagai kesebelasan utama dan saya menganggap itu sebagai satu penghargaan dan kepercayaan untuk membuktikan sesuatu dalam pasukan," kata Syahmi.

Di atas kertas, Harimau Malaya memiliki kelebihan dalam apsek kualiti keseluruhan pasukan berbanding Kemboja selaku lawan pertama yang akan dihadapi di Phnom Penh, esok.

Namun, Syahmi enggan memandang rendah keupayaan lawan.

"Semua pasukan memiliki kekuatan seimbang.

"Kami perlu lebih fokus memandangkan beraksi di gelanggang lawan," katanya lagi.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen