Piala AFF: Shahrel ikrar tingkatkan aksi berdepan Myanmar 

Oleh Staff Writer 18 November 2018 847
Piala AFF: Shahrel ikrar tingkatkan aksi berdepan Myanmar 
Penyerang negara, Shahrel Fikri Md Fauzi, mengakui terkilan selepas gagal membantu skuad negara meraih keputusan positif bertemu Vietnam dalam aksi Piala AFF 2018 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, Jumaat lalu.

Penyerang Nakhon Ratchasima itu membentuk gandingan trio di jentera serangan bersama-sama Akhyar Rashid dan Mohamadou Sumareh.

Begitupun, dia gagal mengulangi aksi cemerlangnya seperti perlawanan menentang Laos apabila buntu untuk menembusi benteng akhir Vietnam.

Justeru, Shahrel berharap diberi peluang kedua dalam aksi terakhir Kumpulan A menentang Myanmar di laman sendiri, Sabtu nanti. 

"Rasa terkilan memang ada kerana kami mahu menang tetapi saya gagal memberikan yang terbaik buat pasukan. 

"Dalam aksi menentang Myanmar nanti, saya harap masih diberi peluang untuk berada dalam kesebelasan utama dan membalas kepercayaan jurulatih, sekali gus mencapai kemenangan," katanya.

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen