Piala AFF: Penamat sempurna buat Naga Emas

Oleh Staff Writer 16 Disember 2018 359
Piala AFF: Penamat sempurna buat Naga Emas
Kejayaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2018 menjadi penamat sempurna tahun ini buat Vietnam selepas turut meraih pencapaian membanggakan di bawah bimbingan jurulatih dari Korea Selatan, Park Hang-seo.

Hang-seo mencetus sensasi menerusi kejayaan Vietnam muncul naib juara Kejohanan AFC B-23 tahun di China, Januari lalu.

Ia disusuli pencapaian pasukan itu layak ke separuh akhir Sukan Asia Indonesia 2018 dan melangkah ke pusingan akhir Piala Asia 2019.

Kemuncaknya, bekas penolong jurulatih Korea Selatan itu berjaya memastikan kejuaraan Piala AFF hasil kemenangan 1-0 ke atas Malaysia, semalam.

"Pemain berusaha keras untuk memenangi perlawanan ini dan pujian harus diberikan kepada mereka serta semua penyokong Vietnam dan kami juga berterima kasih kepada (Nguyen) Anh Duc kerana menjaringkan gol tapi kejayaan ini adalah usaha berpasukan," kata Hang-seo.

Vietnam mengakhiri penantian 10 tahun merangkul kejuaraan kedua menerusi agregat 3-2 selepas terikat 2-2 dalam aksi final pertama di Bukit Jalil, Selasa lalu.

Dalam pertemuan itu, penyerang berpengalaman, Nguyen Anh Duc muncul wira skuad Naga Emas apabila meledak gol tunggal di awal permainan.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen