Piala AFF: Moral pasukan berada pada tahap terbaik, kata Zaquan

Oleh Penulis Jemputan 7 November 2018 285
Piala AFF: Moral pasukan berada pada tahap terbaik, kata Zaquan
Kapten skuad negara, Zaquan Adha Abdul Radzak, menyifatkan moral dalam pasukan kini berada pada tahap terbaik dan mereka komited memburu tiga mata dalam aksi sulung Piala AFF 2018 berdepan Kemboja, malam esok.

Bagi Zaquan, pengiktirafan beberapa pemain negara dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) Isnin lalu turut memberi impak positif menjelang aksi dengan Kemboja.

Zaquan percaya pemain seperti Safawi Rasid yang dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai di ABK, turut memberi motivasi tambahan buat pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu dan pasukan memburu kejayaan Piala AFF.

"Kami mengharapkan agar pemain-pemain yang berada pada tahap terbaik. Beberapa pemain yang memenangi anugerah dalam ABK mampu mempamerkan yang terbaik bersama skuad negara" kata Zaquan.

Zaquan yang juga penyerang utama negara percaya barisan negara kali ini cukup mantap dengan kehadiran Mohamadou Sumareh.

Rata-rata persefahaman dalam pasukan juga kini bertambah baik dan mereka bersedia memberi aksi ampuh berdepan Kemboja.

"Persahaman bukan satu masalah yang besar walaupun kehadiran pemain baru dalam pasukan. Sumareh telah beraksi bersama pasukan sejak tiga perlawanan yang lepas dan setiap pemain memberikan persembahan yang terbaik untuk skuad negara."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen