Piala AFF: Balachandran ke Yangon pantau Myanmar

Oleh Penulis Jemputan 20 November 2018 3300
Piala AFF: Balachandran ke Yangon pantau Myanmar
Jurulatih negara, Tan Cheng Hoe, mengesahkan pembantunya, S. Balachandran, diterbangkan ke Yangon bagi melakukan risikan terhadap skuad Myanmar yang akan menjadi lawan getir Harimau Malaya dalam saingan terakhir peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki, Sabtu ini.

Pertemuan getir itu perlu ditamatkan dengan tiga mata dan atas tujuan itu, Balachandran diterbangkan ke Myanmar, hari ini.

"Kami sedia maklum bahawa kami perlu memenangi perlawanan itu dan barisan pemain sudah pasti akan turun memaparkan aksi terbaik mereka.

"Kami menghantar Balachandran ke Myanmar bagi tujuan memperoleh maklumat sewaktu perlawanan di antara mereka dan Vietnam.

"Analisis perlawanan itu amat penting bagi kami mengkaji kekuatan yang dimiliki mereka.

"Maklumat itu amat penting buat barisan pemain saya," kata Cheng Hoe.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen