Kelab Indonesia, Persija Jakarta, bakal menjadi halangan buat wakil negara, sama ada Johor Darul Ta’zim (JDT) atau Selangor, dalam undian bagi saingan Piala AFC 2018.

Majlis undian yang berlangsung di Bukit Jalil hari ini menyaksikan wakil negara diundi dalam Kumpulan H yang merangkumi zon Asia Tenggara.

Selain Persija, turut berada dalam kumpulan tersebut adalah Song Lam Nghe An dari Vietnam serta Tampines Rovers atau Geylang International yang akan mewakili Singapura.

Malaysia hanya mempunyai satu slot dalam saingan Piala AFC tahun depan susulan keputusan Pahang yang tidak mahu mengambil bahagian bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Kedah.

Seandainya JDT melepasi pusingan play-off kelayakan ke saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL), kedudukan mereka dalam Piala AFC akan diwakili oleh Selangor.