Perseteruan Manchester United-Liverpool hangatkan Piala FA

Oleh Shaiful Shamsudin 12 Januari 2021 402
 Perseteruan Manchester United-Liverpool hangatkan Piala FA
Musuh ketat dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United dan Liverpool, akan mengadakan pertemuan di Old Trafford dalam pusingan keempat Piala FA, hujung bulan ini.

Pasukan luar liga, Chorley, pula akan menyambut wakil EPL, Wolverhampton Wanderers, selepas mengejutkan Derby County dalam pusingan lalu. 

Mereka di laluan juara 14 kali, Arsenal, pada pusingan kelima -- sekiranya pasukan Liga Nasional Utara itu mengatasi Wolves sementara The Gunners mengalahkan Southampton atau Shrewsbury.


 

Kelab Liga Dua, Cheltenham Town, akan berdepan Manchester City Pep Guardiola ke Whaddon Road dalam pusingan yang akan berlangsung pada 23-24 Januari ini.

Crawley Town, yang meraikan kemenangan 3-0 ke atas Leeds United pada hari Ahad, akan bertandang ke pasukan Championship Bournemouth pada pusingan seterusnya.

Skuad bimbingan Jose Mourinho, Tottenham, akan menghadapi Wycombe Wanderers di Adams Park sementara Fulham akan menentang Burnley. 

David Moyes akan menanti perhitungan dengan bekas kelabnya, The Red Devils, dalam pusingan 16 sekiranya West Ham -- menyingkirkan Stockport 1-0 awal pagi tadi -- mengalahkan pasukan Liga Satu, Doncaster Rovers, manakala United mengesahkan kemenangan ke atas Liverpool dalam pusingan keempat.

Perlawanan pusingan kelima akan diadakan pada 10-11 Februari depan.

Keputusan lain: 

Bournemouth lwn Crawley Town

Swansea City lwn Nottingham Forest

Barnsley lwn Norwich

Millwall lwn Bristol City

Brighton lwn Blackpool

Sheffield United lwn Plymouth

Chelsea lwn Luton

West Ham lwn Doncaster

Brentford lwn Leicester

Everton v Sheffield Wednesday






 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen