BARCELONA 4 ESPANYOL 1

Luis Suarez membandingkan persembahan Lionel Messi ketika berdepan Espanyol dalam saingan LaLiga sama seperti apa yang dilihat di dalam permainan video.


Bintang Argentina itu mempamerkan persembahan yang mantap ketika membantu pasukan tuan rumah menang 4-1 dalam pertembungan 'derby' Catalan di Nou Camp, keputusan yang menyaksikan mereka kembali mendaki ke tangga kedua dalam saingan LaLiga.

Dua larian solo Messi bagi menggerakkan jentera serangan Barca telah membantu Suarez untuk menghasilkan gol pendahuluan dalam separuh masa pertama.

Barca mempertingkatkan lagi mutu permainan mereka dengan tiga lagi gol menerusi Suarez, Jordi Alba dan Messi.

"Aksi 'derby' selalunya sangat menarik. Kami menang dan bermain dengan menggunakan perancangan yang telah disediakan oleh pengurus, Luis Enrique," kata Suarez kepada Movistar Plus.

"Saya berpeluang untuk meledak gol kedua dalam perlawanan ini, tetapi saya memberikan kepada Messi untuk melengkapkan persembahan cemerlangnya.

"Ia sama seperti di dalam permainan video 'Playstation'. Dia seorang pemain yang unik."

Iniesta, yang berjaya menjaringkan gol serta melakukan bantuan jaringan buat Suarez, memberikan pujian kepada persembahan Messi dalam perlawanan ini.

"Ia merupakan perlawanan yang mendebarkan, kami berjaya bermain dengan baik dan sangat gembira untuk memenangi aksi terakhir liga untuk tahun ini," ujar Iniesta.

"Di dalam sebuah pasukan, anda memerlukan kualiti pemain individu dan kebolehan yang dimiliki Messi telah membantu pasukan."