Persembahan Costa raih pujian Allegri

Oleh Staff Writer 25 November 2018 127
Persembahan Costa raih pujian Allegri
Pengendali Juventus, Massimiliano Allegri, memuji sentuhan Douglas Costa yang telah kembali selepas membantu pasukannya menewaskan SPAL 2-0, semalam.

Juve kini memiliki kelebihan sembilan mata di puncak Serie A walaupun Costa tidak bernasib baik untuk menyertai Cristiano Ronaldo dan Mario Mandzukic dalam senarai penjaring.

Costa merupakan satu daripada enam perubahan yang dilakukan oleh Allegri selepas aksi antarabangsa tatkala pemain berusia 28 tahun itu dihantui masalah kecederaan buku lali, awal musim ini.

"Dia memulakan kempen dengan baik," kata Allegri.

"Kemudian, Costa berdepan tempoh sukar dengan kecederaan dan beberapa isu lain tetapi dia tetap melaluinya dengan baik.

"Aksi semalam menyaksikan dia memberikan persembahan terbaik, mengatasi setiap personaltinya."

Juve kini mengalihkan perhatian kepada aksi Liga Juara-Juara Eropah tatkala skuad Bianconeri itu hanya memerlukan satu mata berdepan Valencia untuk memastikan kemaraan daripada Kumpulan H.

"Kini, kami melakukan persiapan untuk aksi Selasa nanti," ujar pertahanan Juve, Leonardo Bonucci.

"Kami boleh mengesahkan kelayakan dan kemudian menentukan kedudukan pertama sewaktu berdepan Young Boys."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen