Persaingan takhta liga belum berakhir -- Suarez

Oleh Joe Wright 10 Disember 2016 0
Persaingan takhta liga belum berakhir -- Suarez

OSASUNA 0 BARCELONA 3

Luis Suarez berkata Barcelona tidak akan berputus asa untuk mempertahankan takhta LaLiga selepas menewaskan Osasuna 3-0 dalam aksi awal pagi tadi.

Pemain kebangsaan Uruguay itu membuka jaringan pada babak kedua perlawanan, sebelum dua gol daripada Lionel Messi memastikan tiga mata penuh berjaya dipungut skuad kendalian Luis Enrique.

Selepas seri dalam tiga perlawanan -- termasuk aksi El Clasico minggu lalu -- Barca telah membenarkan Real untuk berada sebagai pendahulu liga dengan perbezaan enam mata selepas mereka menewaskan Deportivo La Coruna 3-2 di Santiago Bernabeu.

Bagaimanapun, Suarez berkata The Catalans tidak akan berputus asa, malah akan terus memberikan tekanan kepada Real.

"Kami menyedari gol pertama akan membuka lebih banyak ruang dalam perlawanan ini," kata Suarez kepada BeIN Sports. 

"Saya dan rakan sepasukan telah bekerja keras dalam separuh masa pertama, memiliki banyak peluang, namun gagal menghasilkan gol.

"Kami masih dalam persaingan takhta liga walaupun ketinggalan enam mata. Kami adalah Barca: Kami akan berjuang untuk bergelar juara."

 

Tentang Penulis

Joe Wright

Komen