Perez mahu Ronaldo bersara di Bernabeu

Oleh Penulis Jemputan 18 Disember 2017 22
Perez mahu Ronaldo bersara di Bernabeu
Presiden Real Madrid, Florentino Perez, berharap Cristiano Ronaldo mengakhiri kariernya di Santiago Bernabeu.

Pemenang Ballon d'Or lima kali itu meneruskan tahun ini dengan kejayaan terbaru selepas membantu Real mencetak gol kemenangan ke atas Gremio untuk menjulang Piala Dunia Kelab 2017 di Abu Dhabi, kelmarin.

Selepas perlawanan berakhir, pengurus, Zinedine Zidane, menyifatkan kepentingan Ronaldo bersama pasukan hingga dia bersara seleras dengan keinginan pemain tersebut.

"Segala keputusan tidak bergantung kepada saya," kata Zidane. "Kerana saya bukan pemilik kelab ini."

Buat Perez, beliau mahu menyaksikan Ronaldo mengakhiri kariernya bersama Los Blancos.

"Ronaldo mahu kekal di Madrid dan saya juga mahu dia menghabiskan kariernya di sini," katanya.

Perez menyifatkan Ronaldo memiliki impak yang sama seperti ikon kelab itu, Alfredo De Stefano.

"Di Stefano mengubah sejarah Real dan saya berpendapat dia turut mengubah sejarah bola sepak.

"Ronaldo adalah pemain terbaik era ini, dia seorang yang unik dan istimewa. Dia telah mengorak masa depan buat bola sepak," katanya lagi.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen