Presiden Real Madrid, Florentina Perez, mendedahkan bahawa kelab itu telah mencapai kesepakatan baru dengan Luka Modric.

Kontrak asal pemain tengah Croatia berusia 35 tahun itu, yang menyertai Madrid daripada Tottenham pada 2012, akan tamat Jun depan.

Terdapat laporan pada Januari lalu mendakwa Modric dan Madrid sudah mencapai kesepakatan baru walaupun tiada sebarang kenyataan dikeluarkan.

Perez mengesahkan laporan itu ketika membincangkan mengenai Liga Super Eropah (ESL) semalam selain turut memberikan perkembangan terbaru mengenai kontrak Sergio Ramos.

"Modric sudah menandatanganinya atau kami sudah mencapai kesepakatan sejak lama lalu.

"Ramos tidak dalam situasi sama. Kami sudah berbincang banyak kali tetapi saya tidak tahu, saya tidak mahu menyalahkan sesiapa," katanya.