Perez beri bayangan tiada pengambilan pemain Januari ini

Oleh Penulis Jemputan 17 Disember 2017 876
Perez beri bayangan tiada pengambilan pemain Januari ini

Presiden Real Madrid, Florentino Perez, membayangkan gergasi La Liga itu tidak akan menambah skuad pada bulan depan.

Kemenangan 1-0 ke atas Gremio awal pagi tadi menyaksikan Madrid meraih gelaran Piala Dunia Kelab – trofi kelima pada 2017.

Tetapi skuad Zinedine Zidane masih belum mencapai prestasi terbaik musim ini, dengan menamatkan peringkat Kumpulan H, Liga Juara-Juara Eropah di tangga kedua dan berada lapan mata di belakang Barcelona dalam La Liga

"Segala-galanya boleh diperbaiki tetapi apabila keadaan berjalan lancar, kadang-kadang lebih baik tidak mengganggu," katanya.

“Kami mempunyai pemain-pemain yang hebat dan bakat-bakat muda akan tampil. Ia adalah masa untuk menikmati apa yang kami ada," katanya.

Madrid seterusnya akan menghadapi El Clasico apabila Barca membuat kunjungan ke Santiago Bernabeu, Ahad ini.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen