Pereira adalah jelmaan Vieira -- Xavier

Oleh Nafis Abdullah 2 Julai 2020 299
Pereira adalah jelmaan Vieira -- Xavier
Arsenal bakal menemui pengganti Patrick Vieira jika mereka berjaya mendapatkan khidmat kapten Porto, Danilo Pereira.

Pandangan itu dinyatakan oleh Abel Xavier yang yakin rakan senegaranya, Portugal, itu mampu menyinar di pentas Liga Perdana Inggeris jika meraih peluang.

Pemain tengah bertahan, Pereira, yang berhijrah ke Porto daripada Maritimo pada 2015, dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal, di mana Vieira meraih tiga kejuaraan liga.

Situasi itu membuatkan bekas pemain Portugal, Xavier, berpendapat ia bagus untuk Pereira dan Arsenal.

"Saya fikir Pereira adalah pemain tengah yang bagus untuk menghadirkan keseimbangan di dalam pasukan," katanya.

"Dia menampilkan aksi bola sepak yang mudah dan kemampuan fizikalnya penting di atas padang.

"Apabila saya melihat semula, dia seperti Vieira apabila bercakap mengenai keadaan fizikal.

"Saya fikir jika Arsenal berminat dengannya, berdasarkan corak permainan ketika ini, mereka berusaha untuk menggunakan pemain yang memiliki mentaliti untuk mara ke depan sambil memberikan kestabilan buat pasukan dan Pereira mempunyai perwatakan itu.

"Ia akan jadi sesuatu yang bagus buat kedua-dua pihak."

Porto telah menolak tawaran daripada AS Monaco untuk khidmat Pereira pada Julai tahun lalu.
 

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen