PERANCIS 2 JERMAN 1

Blaise Matuidi mempercayai kesedaran taktikal Didier Deschamps membantu Perancis untuk mengatasi Jerman 2-1 dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA, awal pagi tadi.


Jerman mempamerkan aksi cemerlang dalam separuh masa di Stade de France dan berhak mendahului perlawanan menerusi sepakan penalti Toni Kroos.

Skuad kendalian Joachim Low itu meneruskan aksi cemerlang, namun Hugo Lloris mencetus kebangkitan Perancis dalam separuh masa kedua.

Antoine Griezmann menyamakan kedudukan menerusi tandukan pada minit ke-62 sebelum menjaringkan gol kemenangan 10 minit sebelum perlawanan berakhir menerusi sepakan penalti.

Bagaimanapun, Matuidi yakin Perancis berhak memenangi perlawanan dan memuji Deschamps yang cemerlang mengubah taktikal Les Bleus.

"Deschamps telah mengubah corak permainan pasukan pada separuh masa," katanya.

"Kami bermain dengan lebih baik dalam separuh masa kedua dan meraih kemenangan dalam perlawanan ini.

"Keyakinan Perancis meningkat apabila meraih gol penyamaan dan berjaya menghasilkan kemenangan dalam perlawanan ini."