Perbincangan kontrak baru Suarez-Barca berjalan lancar

Oleh Staff Writer 22 Oktober 2016 1
Perbincangan kontrak baru Suarez-Barca berjalan lancar
Perbincangan di antara wakil Luiz Suarez dan Barcelona berhubung kontrak jangka masa panjang yang baru, berjalan dengan lancar, kata penyerang tersebut.

Bintang Uruguay itu menyertai Barca dengan nilai perpindahan yang dilaporkan berjumlah £75 juta (RM 383.88j) dari Liverpool pada Julai 2014.

Dia mencipta kejayaan bersama Barca apabila menjaringkan 62 gol dalam aksi La Liga dalam 70 penampilan setakat ini, dan telah menjulang beberapa trofi, termasuk Liga Juara-Juara 2015-16.

Sejumlah 40 gol dijaringkan pada musim lalu ketika dia membantu Barca mengekalkan kejuaraan liga dan memenangi Anugerah Kasut Emas sebagai penjaring terbanyak di Eropah.

"Mereka (kelab dan wakil Suarez) sedang mengendalikan proses pembaharuan kontrak," Suarez memberitahu Sport 890.

"Ia berjalan dengan lancar dan saya boleh mengatakan ia berada di landasan yang tepat.

"Kedua-dua pihak bersetuju dengan perjanjian dan kami sedang membincangkan mengenai perjanjian jangka masa panjang."

Barca baru-baru ini telah mengikat Javier Mascherano dan Neymar, dengan tawaran baru, di mana pemain dari Brazil itu telah melanjutkan kontrak untuk kekal di Camp Nou sehingga 2022.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen