BULGARIA 0 PERANCIS 1

Didier Deschamps mengakui pasukannya gagal mempamerkan aksi memberangsangkan ketika meraih kemenangan 1-0 ke atas Bulgaria di Sofia.


Tiga mata meletakkan Les Bleus kembali mengungguli Kumpulan A menjelang pertemuan terakhir berdepan Belarus dan telahpun memastikan mereka akan beraksi di Russia 2018.

Perancis mempamerkan aksi cemerlang pada peringkat awal perlawanan selepas berjaya meledak gol menerusi Blaise Matuidi pada minit ketiga, namun gagal menawarkan persembahan yang lebih menarik sehingga tamat perlawanan.

Deschamps, yang kini merupakan pengendali yang telah meraih kemenangan ke-42, mengakui skuadnya tidak beraksi cemerlang dan perlu memperbaiki persembahan dalam perlawanan seterusnya

"Ia merupakan perlawanan yang rumit, terlalu banyak kesilapan dilakukan," katanya.

"Kami gagal beraksi cemerlang pada babak kedua, dan pasukan lawan mula mempamerkan aksi agresif. Dengan berbaki satu perlawanan, kami perlu meraih kemenangan di Paris nanti," katanya.