Peranan Tuchel bantu Pochettino raih trofi pertama bersama PSG

Oleh Ammar Hakim 14 Januari 2021 611
Peranan Tuchel bantu Pochettino raih trofi pertama bersama PSG
Mauricio Pochettino mengakui pengaruh Thomas Tuchel memainkan peranan di sebalik trofi pertamanya dalam bidang pengurusan selepas Paris Saint-Germain mengatasi Marseille 2-1 dalam saingan Trophee des Champions semalam.

Mauro Icardi dan Neymar meledak gol buat juara Ligue1, sementara Dimitri Payet menjaringkan gol saguhati buat skuad kedalian Andre Villas-Boas pada minit ke-89. 

PSG cemerlang bertahan sebelum meraih gelaran Trophee des Champions buat kali kelapan berturut-turut daripada 10 yang diraih sebelum ini.

Ia merupakan perlawanan ketiga Pochettino mengendalikan PSG dan bekas pengendali Tottenham itu memastikan dia mengakui kerja-kerja Tuchel, yang dipecat sebagai ketua jurulatih pada 29 Disember. 

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para pemain, Leonardo [pengarah sukan] dan Nasser Al-Khelaifi [presiden]," kata Pochettino. "Saya juga memikirkan tentang Thomas Tuchel dan stafnya, yang membenarkan kami beraksi dalam perlawanan ini."

"Kami membuat perubahan dalam semua bahagian dan mula menerapkan idea kami. Kami mempunyai sekumpulan pemain yang sangat cemerlang, dengan kemampuan menyesuaikan diri yang hebat. Kami sangat gembira.
   
"Saya berharap memenangi lebih banyak gelaran, tetapi yang pertama sentiasa akan menjadi istimewa.

"Kumpulan ini telah menunjukkan banyak kematangan, telah belajar daripada kesilapan. Ia merupakan kemenangan yang penuh beremosi dan sukar untuk digambarkan dengan kata-kata, terutamanya kerana kelab yang menjadikan saya menjadi orang yang lebih baik, pengurus yang lebih baik."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen