Perak pilih srikandi bola sepak

Oleh Staff Writer 10 Oktober 2016 28
Perak pilih srikandi bola sepak

The Bos Gaurus sedang mencari bakat-bakat baru bola sepak wanita yang berjiwa besar dan berkelayakan untuk mewakili Perak.

Menurut pengurus pasukan bola sepak wanita Perak, Isfarina Mohd Bali, pemain dipilih berdasarkan kriteria asas.

"Kami mencari mereka yang mempunyai fizikal, kecergasan dan skil yang sesuai untuk setiap posisi.

"Sesi pemilihan hari ini positif. Ramai datang. Mudah untuk kenal pasti pemain berbakat untuk diserapkan dalam pasukan," kata Isfarina.

Sementara itu, salah seorang bakat baru, Nohazirah Mohd Nor Hamizan, berkata dia mengambil peluang menyertai sesi pemilihan ini untuk mengejar cita-citanya dalam bola sepak.

"Saya datang bersama keluarga,  mereka pendorong utama saya".

Seorang lagi calon, Nurul Afifi Sarudin, pula berkata pada awalnya keluarganya tidak berapa bersetuju dengan sukan pilihannya.

"Tetapi apabila saya tunjukkan komitmen serius, tanggapan mereka berubah dan kini mereka adalah peminat nombor satu saya".

Sesi pemilihan kedua pasukan bola sepak Perak akan diadakan di Padang Majlis Perbandaran Taiping (Esplanade) 15 Oktober ini.

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen