Penyokong bantu Malaysia kekal rekod bersih -- Aidil Zafuan

Oleh Penulis Jemputan 15 November 2019 2043
Penyokong bantu Malaysia kekal rekod bersih -- Aidil Zafuan
Kapten skuad negara, Aidil Zafuan Abdul Radzak, mengakui aura yang dibawa "pemain ke-12" menjadi faktor Thailand meneruskan badi di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Malaysia menewaskan skuad Gajah Perang itu 2-1 dalam perlawanan Kumpulan G, pusingan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia di Stadium Nasional malam tadi.

Sejak Disember 2014, skuad negara tidak pernah tewas dalam tiga perlawanan menentang Thailand di laman sendiri dan Aidil Zafuan mengakui faktor penyokong, yang ditunjangi kumpulan Ultras Malaya, memainkan peranan besar dalam mempengaruhi psikologi pemain lawan.

"Kemenangan malam ini (hasil) daripada penyokong sendiri.

"Ia mungkin membuatkan pemain lawan berasa gugup.

"Apa yang penting, terima kasih banyak kepada penyokong yang datang menyokong kami.

"Mereka memberikan semangat untuk kami terus bermain walaupun sedang ketinggalan.

"Tiada siapa menjangkakan kami akan menumbangkan Thailand," katanya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen