Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Syafiq Ahmad, terlibat dengan satu kemalangan ngeri di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Sungai Bakap yang turut mengorbankan bayi lelakinya awal pagi tadi.

Dilaporkan kenderaan pelbagai guna jenama Toyota milik penyerang kebangsaan itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Kemalangan itu mengorbankan anak lelakinya berusia 22 hari dan dua wanita lain dalam kenderaan berkenaan.

Syafiq, 25, dan anak perempuannya, Aaira Nur Saffiyya, 2, hanya mengalami kecederaan ringan tetapi isterinya, Amalina Nur Ain, 25, dilaporkan cedera parah.


SALAM TAKZIAH KEPADA SYAFIQ AHMAD DAN KELUARGA Kami ingin mengucapkan salam takziah kepada Syafiq Ahmad, pemain Kelab...

Posted by JOHOR Southern Tigers on Saturday, 5 December 2020



Sebagai rekod, seorang lagi bekas pemain negara, Rozaimi Abdul Rahman, juga pernah mengalami kemalangan ngeri yang hampir meragut nyawanya di Sabah pada 2015.

Pertahanan Melaka United, Faizal Muhammad, turut mengalami detik sama di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) tahun lalu.