Pengendali Flamengo, Jorge Jesus, mencapai keputusan negatif dalam ujian coronavirus selepas diumumkan oleh juara Brazil itu.

Isnin lalu, Jesus didapati positif COVID-19 walaupun ia sekadar satu ujian yang belum muktamad.

Jurulatih berusia 65 tahun dari Portugal itu disahkan bebas daripada wabak itu semalam walaupun virus itu dilaporkan telah meragut 9,000 nyawa di seluruh dunia.

"Flamengo memaklumkan ujian terbaru yang dijalankan terhadap Jesus mengesahkan keputusan negatif coronavirus," kata wakil kelab itu.

"Pihak kelab gembira dengan sokongan yang diberikan kepada Jesus dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini."

Jesus menikmati tempoh menakjubkan di Flamengo sejak hadir pada tahun lalu, mengemudi kelab itu meraih Campeonato Brasileiro, Copa Libertadores dan Recopa Sudamericana.

Selepas memenangi kejuaraan Libertadores kedua sejak 1981, November lalu, Flamengo dinobatkan selaku juara Brazil buat kali ketujuh tahun lalu tatkala kali terakhir mengungguli saingan Campeonato Brasileiro pada 2009.

Flamengo kemudian menjulang Recopa -- yang mempertemukan juara Libertadores dan Copa Sudamericana -- Februari lalu.